Saturday, January 8, 2011

Fiddle & Bow: The novel (Part I)

Actually ni novel yg 1st aku tulis kat Indonesia. idea tu tibul gla2 wktu a few mins before aku tdo, so, memandangkn idea mencurah2 ke ladang gandum, aku pun bgn, ambil laptop trus taip punya taip, novel tu pn siap dlm masa 3 mggu klau x silap.. aku buat novel ni siang mlm.. then, tup tup jln cerita hidup aku tiba2 mcm dlm novel tu.. siot je.. anyway, baca je la..

Catatan penulis :

I want to thank my previous violin teacher(Abang Safri), who inspired me to write this story…(and he, abviously without knowing that I wrote this story…)

Thank you very much!

And also to my present violin teacher (Abang Iwan) Thanks for your patient and motivation in every lessons!

“If you can’t feel the love, just listen to the bow of the violin,

Because, there is love in every single notes of its music…” ~syah mohamad, violinist


1

Dengan cepat aku menaiki tangga. Jam menunjukkan 3 minit kelas akan bermula. Derap kasutku bergema di lorong sepi tingkat 2. Aku segera memasuki ruang kuliah.Dengan termengah-mengah aku mengambil tempat duduk di sebelah Fani.

“Apasal lambat?” dengan nada sedikit berbisik Fani bertanya.

“Engkau tahu la motorsikal aku buat hal.” sambil mengelap peluh aku mengeluarkan buku catatanku. Ruang kuliah yang begitu besar hanya dipenuhi separuh sahaja. Akan tetapi pensyarah kami begitu bersemangat. Dia masih kelihatan muda. Rasa-rasanya belum sampai 30 tahun usianya.

“Lily, engkau tak rasa pensyarah kita hari ni hensem ke?” Fani kelihatan teruja.

“Eh, tengah study ke tengah tengok pensyarah??” aku menggeleng-geleng kepala.

Kuliah selama 2 jam berlalu begitu saja. Aku berjalan beriringan dengan Fani. Kawasan universitiku tidak terlalu besar, cukup hanya berjalan kaki, aku boleh sampai di Fakulti Undang-Undang yang berhampiran dengan fakultiku, Fakulti Perubatan.

“Macamana kelas biola engkau? Best tak?” Tanya Fani.

“Biasa je. Tapi waktu untuk kelas tu pendek sangat. I think I should double up the fee. Then I can double up the time.”

“Kenapa? Tak puas tengok muka cikgu biola kau ke?” Fani tertawa.

“Ada pulak!” kami saling berpandangan dan ketawa. Aku teringat wajah cikgu biolaku, Mr.David yang sudah beruban dan giginya yang hanya boleh dikira dengan jari.

“Eh, aku dah lambat ni. Kena pergi kelas biola pula.” Setelah mengucapkan selamat tinggal pada Fani, aku bergegas menuju ke Yamaha Music School, yang cuma 20 minit dari universitiku.

Aku menaiki tangga menuju ke kelas. Kelihatan kak Syari tersenyum melihatku. Aku membalas senyumannya. Dia mengisyaratkan padaku untuk duduk dahulu. Aku melihat sekeliling. Ada beberapa poster pemain piano terkenal dalam iklan piano berjenama Yamaha. Di kerusi panjang, kelihatan beberapa kanak-kanak kecil dan sepertinya ibu bapa mereka sedang duduk. Serta ada beberapa orang pemuda yang kelihatan sedang berbual.

“Lily..” Panggil Kak Syari sambil mengisyaratkanku untuk masuk ke ruang kelas. Mataku melihat kiri kanan. Biasanya Mr.David yang datang awal berbanding aku. Kemudian salah seorang dari pemuda yang tadi duduk di kerusi panjang masuk sambil membawa violin case.

Mungkin hari ini aku berlatih beramai-ramai, kataku dalam hati. Pemuda itu memandangku dan tersenyum. Dia kelihatannya masih muda. Aku berfikir mungkin dia juga mahu mengikuti kelas biola. Dia mula berbicara.

“Nama?”

“Lily.” Jawabku pendek.

“Safri. Saya menggantikan Mr.David kerana beliau sudah mengundurkan diri disebabkan sakit dan ingin bersara.”

Aku melongo sebentar. Kenapa Mr.David tidak memberitahuku pada pertemuan minggu lalu. Dia mengeluarkan biolanya. Aku menurut.

Sir…” Ucapku perlahan. Biasanya aku memanggil Mr. David dengan panggilan ‘sir’.

“Panggil Abang Safri saja.” Potongnya. Aku mengangguk.

“Baik, lily dah ikut kelas sebanyak 3 kali kan?” aku hanya mengangguk.

“Kita mulai dari langkah pertama. Angkat fiddle.” Aku mengangkat fiddle dan bow mengikut posisi yang diajar Mr.David. Dia kelihatan tidak puas untuk posisi tersebut.

May I?” Dia ingin memperbetulkan posisiku. Aku mengangguk. Dia memegang jari-jemariku sambil memperbetulkan posisinya. Aku mengangkat wajahku. Ketika mataku memandang matanya, ada satu getar yang sama gelombangnya. Kami terpana buat seketika. Jarak tubuhnya yang begitu hampir denganku membuatku dapat memperhatikan wajahnya dengan teliti. Wajahnya halus, sawo matang, matanya agak besar dan rambutnya yang panjang sedikit tetapi diikat, membuatnya kelihatan seperti seorang seniman yang biasa terlihat di mana-mana.

Tiba-tiba pintu dibuka. Kami tersentak. Getaran menghilang.

“Lily, belum tanda tangan kehadiran kan?” Kak Syari menghulurkan buku kehadiran. Aku menandatanganinya.

Jam sudah menunjukkan 2.30 petang. Waktu pembelajaran sudah tamat. Leherku lenguh akibat mengepit fiddle terlalu kuat. Lebih-lebih lagi aku tidak menggunakan shoulder rest. Setelah Abang Safri memberikan beberapa tips menjaga biola, kelas hari itu tamat.

“Terima kasih.” ucapku pendek. Kejanggalan antara kami amat terasa. Mungkin kerana umur kami yang tidak begitu jauh bezanya. Telefonku berbunyi. Bunyi lagu Jazz Violin, Swing 84 menandakan sms masuk.

“Minat lagu klasik tak?” Ucapan Abang Safri mengalihkan perhatianku dari membaca mesej.

“Sangat.” ucapku sambil tersenyum. Dia membalas senyumanku sambil memainkan lagu sms-ku tadi. Biarpun lagu Swing 84 adalah sebuah lagu jazz violin, dia memainkan dengan baik sekali. Solfagenya begitu bagus sekali. Tanpa disedari hatiku turut bergetar seiring dengan getaran tali-tali biola. Aku melangkah keluar dengan hati yang kurang tenteram. Inikah cinta pandang pertama? Seperti kanak-kanak saja!Aku menggelengkan kepala sendiri.

to be continued....