Wednesday, July 9, 2014

Cara Membawa Kucing Balik ke Sabah


Bulan Jun 2014 yang lalu saya dah tamat belajar (yeay!) after 5 years, I've got my MBBS. So, bermula la sesi packing barang & penting sekali, Toci, my dearest anak angkat, a domestic short hair cat, need to be on flight with me too. There were many blogs I'd read, but...seems like most of them are outdated and procedures had been changed. Here, cara2 nak bawa balik haiwan kesayangan (kucing) balik Sabah (yeay again!) 

1) Vaccination
Vaccination ni kena up to date. Before fly, make sure latest vaccination done. Boleh buat kat government/private. Yang penting kena ada buku rekod kesihatan kucing tu, yg mana nanti klinik tu akan bagi. Saya buat vaccination Toci kat klinik haiwan private, presint 15 Putrajaya. Each vaccination cost me around rm30 kalau tak salah. At least ada 2 vaccination done kalau korang buat dah nak dekat2 waktu fly tu.

2) Microchip
Yang ni boleh buat awal2 lg, after kucing tu dah berumur >6 months old. Boleh buat kat government/private clinic jugak. Tapi tak semua private clinic buat. So, korang kena call beforehand. Saya buat kat private sebab masa dah suntuk and government clinic ni selalu tak cukup staff so tak boleh buat. Kalau nak jugak government clinic, boleh pegi jabatan haiwan dekat cheras. And...pun kena call beforehand. Nasib baik kawan2 ada waktu tu tolong call sana sini cari mana yg ada buat microchip ni. Kalau sorang2 mesti saya dah down dah. Saya buat kat St. Angle Animal Clinic, Puchong. Bayaran RM60. Tapi takde passport la. Passport would be RM6 biasanya and passport is optional. So blh buat or tak. Kalau ada lg comel la. Hehe. Kalau government dalam RM30 je microchip tu. Ada lain private clinic charge sampai RM120! Omg. So nasihat saya, buat seawal yang boleh. Utk penerbangan pulak, microchip ni wajib utk mohon import permit dari jabatan haiwan sabah (davetsa).

3) Memohon import permit
Now dh boleh buat online application. Tapi still, korang kena ada someone yg tolong bayar dan ambil permit tu. Bayaran RM11. Mula2 pegi www.davetsa.sabah.gov.my. Lepas tu daftar utk dpt password. Password akan dihantar ke email after 1 day. Dah dpt password, korang log in dan boleh isi butir2 peribadi. Lepas dah submit, tggu lagi diorang approve. Kalau nak cpt, sila call dan bgtau korg dah submit nanti diorg tlg approve waktu tu juga kalau diorang tak busy. Then after approved butiran peribadi tu, barua korang dpt access apa2 kat dalam website tu. Korang apply for import permit. Isi la benda2 kat dalam tu termasuk no.microchip yg panjang dan DAH BELI TIKET FLIGHT & TIKET CONFIRMED (sebab kena masukkan tarikh exit kucing), Then submit. Tggu lagi 3 hari, diorang akan approve. Lagi sekali, kalau rajin, follow up. Call diorang. After 3 hari, periksa semula account korang kat website tu nanti dia akan tulis approved ke rejected. Kalau dah approved, boleh contact sedara or kawan kat sabah minta tolong bayar dan ambil import permit. Then minta dia scan dokumen tu, hantar kat korang. Korang pun print benda tu dan bawa bersama utk step seterusnya.

4) Surat perakuan kesihatan
Utk menyenangkan kerja korang, bawa kucing,printed permit import dan medical record book kucing, ke jabatan haiwan shah alam seksyen 15. Sampai sana, bgtau nak buat export permit dan surat perakuan kesihatan. Tak lama pun benda ni sekejap je. Within 30mins kalau tak ramai orang. Kucing korang akan diperiksa oleh doktor, diorang akan masukkan data semua secara online utk kegunaan step berikutnya. Bayaran kat sini adalah RM40. 

5) Permit Export
Dalam hari yg sama, kalau boleh, staff jabatan haiwan akan bg dokumen beserta no rujukan. Korang kena pegi kompleks kastam KLIA, tingkat 5. Yg ni sebenarnya kat LCCT tau. Saya dah siap pegi KLIA, dah kena pusing2 makan angin pulak. Sampai sana, bgtau nak byr export permit. Bayaran adalah RM40. 

Okay so those are procedure for permits thingy. Now, procedure nak bawa naik flight pulak.

- hanya MAS sahaja yg benarkan bawa live animal
- letak kucing dalam carrier, make sure dia selesa. Make sure dia tak makan byk dan dah buang air before bawa dia ke airport. 
- get ready all the documents; import permit, export permit, medical record, surat perakuan kesihatan.
- bawa kucing tu check in/baggage drop kalau dah check in kat web or kiosk, tunjuk all documents. And get ready to have bad comments from the MAS staff like 'eh, bawa kucing, lecehnya.' And bla bla bla dengan muka ketat. Because it was fasting month, Saya sabar je and senyum biarpun rasa nak lempang akak tu. 
- bayaran adalah RM15/kg. Sebab Toci gemuk, he was 6.5kg and carrier was around 1kg, I paid RM120 untuk toci sahaja. Dan ada kekeliruan juga waktu tu. I didn't know MAS new policy was, a passenger only allowed to bring 2 bags max regardless of how much the size or weight. Supposedly, cat carrier was an extra luggage and diorang nak charge RM55/extra baggage + bayaran berat kucing. Tapi lepas diorang call sana sini, kata no need to pay. However, you need to keep extra money in case they change again their policies. 
- then akan ada staff attend your cat, diorang akan bawa dia ke perlepasan and korang boleh la lambai2 kucing korang waktu tu.

On arrival, tgh tunggu2 barang kat belt tu, tiba-tiba org sebelah tegur 'eh kucing'. Rupa-rupanya Toci dia letak atas belt tu. Saya pun ambil la Toci letak atas trolley. Tak lama, ada seorang pegawai jabatan haiwan datang tanya 'kamu bawa haiwankah? Haiwan apa?' Saya pun jawab kucing. Then, org tu instruct untuk bawa Toci ke bahagian kuarantin haiwan (dalam arrival hall juga) selepas ambil semua baggage. 
- Dia akan bagi 2 form, satu utk isi details pasal kucing & penerbangan, satu lagi untuk kebenaran kuarantin.
- Untuk memudahkan & mencepatkan urusan, photostat siap2 semua dokumen
- Then tinggallah haiwan peliharaan kat situ, yg mana akan dibawa oleh pegawai ke Quarantine Station, Kinarut Papar. 
- Selepas 21 hari boleh la ambil kucing korang
- Selama tempoh kuarantin, boleh la melawat kucing tu. Ada masa melawat. Cek website quarantine station kinarut papar. 

Sekian :)

Monday, October 14, 2013

Final Year MBBS! yippie!

Alhamdulillah, currently I'm in my 4th posting for 5th year, semester 9 aka final year! seronoknya fikir tak lama lagi nak habis belajar. Tapi bila memikirkan tanggungjawab lepas ni, sangat takut sebab nak menyelamatkan nyawa orang. Although I will be saving people indirectly, somehow I will be the medium between Almighty Allah and the one I will be saving.

Semester 9 Final Professional Exam Part I, we will sit for theory paper. So, sekarang nak share serba sedikit tips untuk pro exam part I preparation.


1) Keep your friends around, like most of the times
  • Bila kawan2 ada, semangat nak belajar. mesti ada ckp kat diri sendiri 'eh pehal dia tau aku tak tau?' so jadi mcm satu challenge
  • Buat study group. Jangan ramai sgt nanti pening. Maybe dalam 4 - 5 org tu cukup la. Lagi bagus kalau lain2 posting dalam satu group sebab dapat share semua posting dlm tempoh yang pendek
  • Kalau ada masalah, share dgn kawan. they will make you better!
2) Do your own revision or notes
  • Bila dah balik dari hospital tu, dah buat semua house chores, spend some times for your own revision.
  • Set target. lagi bagus kalau ada small note book. setiap hari kena tulis what to read then tick.
  • Kalau malas sangat, put some reward to yourself kalau berjaya habiskan target. macam makan cake ke, tgk wayang ke.
3) Ask senior how they prepare for pro exam
  • Lain institution lain cara pro exam kan. so tanya2 la senior supaya korang tak rasa gelabah. tanya general question for pro exam! bukan tanya soalan apa yang keluar nanti buat cuak je.
4) Read & Practice
  • Bila dah final year ni mesti la most of the diseases dah tau kan (even though superficially ke apa hehe) so baca mana yg tak tau or refresh sikit then practice kat ward. paling best adalah bila lecturer tanya soalan. jawab je jangan malu! tu la salah satu cara nak betulkan ilmu kita.
5) Finish assignment for ongoing posting, on time!
  • Bila ada masa terluang tu, habiskan la assignment yang ada untuk posting tu.
  • frankly speaking, kadang2 ada assignment tu mcm tak penting pun. just for the record that you were in the ward doing something. so buat je la. lagipun final pro part I ni kan theory. tapi tak salah la kalau nak polish physical examination or procedure kan. practice practice practice for the perfect result!
5) Pray & keep calm
  • Selalu la berdoa supaya apa yg kita belajar tu kekal dalam otak kita, berguna untuk semua orang dan dapat beramal daripadanya. amin.

Ha tu je la ^__^

Paediatrics II posting photo with one of our Profs. 
*currently I am in orthopaedics II posting

Wednesday, June 20, 2012

Community Medicine Posting

Hamboi...posting ni dah 2 bulan berlalu. busy sangat saya pon da tak ingat wujudnya blog ni. hehe

Saya sebenarnya rasa teruja jugak awal2 masuk posting ni. Yela, benda ni lain dari posting lain. Kerja2 yg kiteorang buat hampir semua kerja pejabat (buat report, menaip, jumpa orang besar2, etc.). Nak jadi pengarah hospital la katakan. Posting ni sama je 2 bulan, kiteorang dihantar ke daerah Sepang untuk buat semua kerja2 (yg boleh juga dikatakan amal) seperti health intervention program, home visit ngan patient case presentation.

Dalam posting ni barulah kiteorang belajar macamana nak communicate dengan orang yg berjawatan tinggi2, ahli politik dan jgk 'ahli politik kesihatan' (ni sekadar gelaran yg saya bagi la).

Minggu pertama utk posting ni je, saya da tak tido seharian sebab nak siapkan kiteorang punya HIP proposal. hadoiii..esok paginya presentation pulak. Memang datang kelas macam zombie je la...

 Home visit with Community Nurse
*Yg ni adalah post-natal home visit
*Kita buat follow up kepada mother & newborn diorang

 Fogging
*Selain kerja2 pejabat & kerja2 doktor, kiteorang pon kena buat fogging
*Best gak la buat ni cuma pedih mata & bau yg tak berapa nak menyenangkan

 Tengah bagi2 flyer untuk program HIP kiteorang.
*Selain daripada bagi flyer, kiteorang jgk kena buat survey
*Survey tu penat & masing2 kami muka agak tebal beberapa inci bila kiteorang kena reject 

hamboi nak.ada gaya doktor dah ke?? hehe. 
Yg ni waktu kiteorang pegi klinik desa ghicing hulu
klinik tu remote sgt, dlm hutan, dlm ladang kelapa sawit
takot je

Anyway, whoever in this posting or soon to be in this posting, just enjoy & chill. BUT, any task given to you, you have to do it there & then. Lepas tu baru boleh lepakkk :D

Monday, January 9, 2012

Case write up O & G

Ni la pertama kalinya aku mengambil masa yang agak lama utk menyiapkan case write up (cwu).
Tau tak case write up tu apa?

Case write up in medical school adalah semacam report yang kita kena buat lebih kurang 10 pages macam tu on a particular case yang kita dah pilih. contohnya, dalam posting O & G sekarang ni aku dah pilih ectopic pregnancy (gynaecology case) untuk jadi case write up aku. so aku kena tulis dari history, physical examination, provisional diagnosis, investigations and discussion of the disease. semua based on true story.

Part yg aku plg bosan adalah part discussion. Mmg la senang nak copy paste pas tu relate ngan patient, tapi hal2 macam tu la yang memerlukan kesabaran dan tahap memutar belit yang sangat tinggi.

ok aku nak sambung CWU aku. merapu lak aku kat sini. hehehe :D

Saturday, December 31, 2011

Paediatric I Posting

wahhh~ lama x update. Sekarang baru ada masa nak update. Tapi currently at Obstetric & Gynaecology posting sebenarnya. Paediatric I posting dah selesai 4 minggu yang lalu. kehkehkeh :P
Kebetulan pulak ada Hari Kanak2 Sedunia. So, kiteorg pun join sekali menjadi kekanak :D

Yg aku tgh buat ni tower of six. Untuk determine the developmental milestones kanak2.
Ternyata aku berjaya! heheheh~
* dan aku bukan kekanak -__-
btw, chomel x paediatric stethoscope aku? jurus yg paling handal yg penah aku gunakan. situasinya seperti di bawah:

...aku approach patient X, kecik lg dalam 3-4 tahun seingat aku. Muka masam je. aku bagi toys, dia tak nak. aku tunjuk stet kaler kuning aku yg ada kepala teddy bear kat atas diaphragm...

aku: dik dik, nak bear bear periksa x?

...dia pandang & terus senyum mengangguk2

adik X: nak nak nak

haaaa~ jurus aku jalan dowh!

Kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak Lekir. Takde doktor kat situ. Kami tolong2 handle patient je.
From my experience, the 1st paediatrics posting basically is to build the psychological skills to handle paediatrics patients. The art of communications is totally different because we deal with tiny creatures with immature perspective of life.

And the disease itself is the second thing.

Paediatric I posting is reality, sweet yet filled with good experiences!


Saturday, October 8, 2011

Surgery posting

This is my first posting for clinical year. Ya, as per '1st posting ever' everyone will started to say that their posting is the awesome posting ever and yes, this is the awesome posting ever!

Alhamdulillah, I already went through bitter & sweet moment in surgery department. Ward rounds, On call, OT,etc. Looking foward for Paediatrics posting after this!

Ni gambar kami kat Surgical Out Patient Department, HAT. ala2 gambar iklan college gitu :D

Korang jangan lupa download cerita ni kat torrent! hehehe ala2 grey's anatomy pulak dah

Ni la kerja kami pagi2, pegi ikut ward round ngan consultan (surgeon), medical officer (MO) and House Officer (HO). Gambar ni kat Hospital Seri Manjung.

So, apa2 pun, if you're a medical student, enjoy your moment in hospital, grab the opportunity, grab the knowledge as much as you can.

"I do this for you, and the satisfaction to serve you"-Sya Mohd.

Thursday, August 18, 2011

OT Scrubbing in easier instruction


1st time masuk OT 2 hari yang lalu. belajar scrubbing dulu. Best jugak even tangan macam dah tak ada kulit :P

Ini bukan saya ok

Tak dapat nak provide gambar sebab lupa nak bawa handphone. Hampeh. Plus kami posting kat hospital tentera. So, nak ambil gambar kena hati-hati. Ok, sekarang saya nak ajar sikit pasal scrubbing ni. Sebelum masuk Operation Theater (OT), kena belajar scrubbing dulu.

Orang yang scrubbing adalah orang-orang yang akan ada direct contact kepada pesakit. e.g. surgeon, assistant surgeon, scrub nurse,etc. tapi for technical personnel, such as nurses yang sediakan barang2 OT, katil patient, anaesthetist, etc. tak perlu scrubbing. Tapi kena observe di luar 'kawasan hijau'.

Apa tu 'kawasan hijau'? kawasan hijau tu adalah tempat yang sterile. So, whoever who's scrubbing, boleh pegang & masuk kawasan hijau tu.

Why we need to maintain green zone? to protect patient from infected by the medical personnel who's scrub in. Then, apa yang penting for those who scrub, kawasan sterile pada badan adalah 2 inci dari collar baju, dari pinggang ke atas, level tangan dan approx. 2 inci dari abdomen. selain dari tu, kira tak sterile. Apa jadi kalau tangan pegi tempat lain? SCRUB OUT PLEASEEEE.

Simple steps for scrubbing:
1) Tukar baju OT. Jangan lupa bawa t-shirt sebab OT sgt sejuk & baju 'membelah dada'.
2) Pakai apron plastik.
3) Buka sterile gown package. Pastikan tak pegang kawasan dalam packaging.
4) Campak sterile brush atas sterile gown.
5) 7 steps of hand-washing. Last step sampai siku "lambaian ratu". setiap step 10 kali.
6) Berus kuku & bahagi setiap bahagian jari, tangan & lengan kp 4 bahagian. 10 kali setiap satu. (Yang ni agak sakit sikit. Pedih)
7) Ulang lagi 7 steps of hand-washing. Tapi kali ni sampai pergelangan tangan je. 10 kali jugak setiap satu.
8) Keringkan tangan guna sterile tissue dlm package tadi.
9) Buka gown dari paras muka.
10) Pakai gown dari depan ke belakang.
11) Minta orang lain (yg tak scrub) ikat tali belakang/butang.
12) Pakai glove guna closed-method
13) Minta orang yg scrub pegang tali depan gown sebelah kanan.
14) "Dancing" (pusingkan badan, 360 darjah)
15) Ikat gown sendiri

READY FOR SCRUB IN :)