Saturday, June 11, 2011

Esok (13/6) adalah penentuan

Esok dah start professional exam. aku sebenarnya rasa cuak yg amat sebab seminggu sebelum pro hari tu, aku dah slow down. padahal aku baca x byk sgt. heehh orang last minute macam aku ni mmg selalu ada penyesalan. Penyesalan-Resolution-Penyesalan-Resolution...infiniti. Kitaran yg x akan pernah berhenti.



Apa pun, sama2 la berdoa supaya Allah mempermudahkan exam esok & semua MBBS 09/10 akan lulus dengan distinction! Amin :)











Sunday, June 5, 2011

I am suffocating!!!

7 days to go!
I don't know I can make it or not, and I am pretty sure most of us were undergo some chronic stress these few weeks. =_= urghhh.. I just can pray & hope Allah will guide me to answer smoothly in the exams.. let this exams pass and i passed so I can enjoy my time in Jakarta later! :)

p/s: anyone who read this, pls pls.. pray for me guys! ;) thanks in advance!

Saturday, June 4, 2011

Suka kat orang tu? for girls : facebookers & sewaktu dengannya~

Ni la, sebagai freelance behavioural observer, nak bagitau sket, mungkin sesetengah kita tak perasan pun kalau kita suka kat orang tu...

1) Excited sangat bila orang tu balas sms/tweet/facebook comments. tapi, bila orang lain kata 'engko suka kat org tu..' 'eh, mana ada..' teeet! jawapnnya, ada...

2) Asyik nak stalk page orang tu je.. belek photo2 kat facebook, baca tweet org tu berulang kali.. 'eh..hensem la dia ni,

3) Dah abes belek gambar, belek kengkawan dia pulak.. 'apasal kengkawan dia ni sume perempuan je..'

4) Kadang2 suka, tapi tak nak add..ego la sangat kan!

5) Emo semacam kalau ada perempuan lain comment facebook dia/tweet perempuan lain. 'apasal dia x comment facebook aku??'

haaa..tu la diantara tanda2 kita suka kat orang tu! sekarang ni dah kurang kan face to face dating ni..nak dating cari kat facebook. hehe..

Trend kat twitter

Setelah aku jadi sangat jobless waktu study leave ni, aku pon godek2 la twitter yg aku buat berkurun lalu. aku ni pon agak suka stalk orang gak la..terutama yg tengah glamer skrg ni kat twitter.sebab benda tu buat org tertanya2 atau penasaran dalam bahasa indonesianya.

Trend kat twitter psl budak 14tahun buat pengakuan x dara segala mcm tu, membuatkan aku menggodek semua social network yg aku penah signed up.. ternyata sangaatttt la byk. haha..

Tapi, yg aku perasan, dari perspektif behavioural observer, budak tu kan x matang lg, dah tu nak kena bahan oleh ramai orang, kar twitter, blog, facebook, memang la mendorong dia utk bela diri. Oleh sebab dia budak lagi, dia pon pegi la tulis benda yg tak sepatutnya dia tulis kat blog. atas harapan, orang lain tak ganggu dia lg.

Ternyata, apa yg dia buat tu telah menjadikan dia no.2 trend worldwide kat twitter (sama taraf ngan lady gaga!)

Pro exam I


Eh.. tak lama lagi pro exam..8 days to go.. terlalu cuak sampai tak tau nak baca apa dah.. bukan sebab dah abes blaja, sbb x tau nak baca mana satu. mcm semua nak dibaca skali.. :(

anyway, good luck for all 09/10 for first professional exam! :D

Saturday, January 8, 2011

Fiddle & Bow: The novel (Part I)

Actually ni novel yg 1st aku tulis kat Indonesia. idea tu tibul gla2 wktu a few mins before aku tdo, so, memandangkn idea mencurah2 ke ladang gandum, aku pun bgn, ambil laptop trus taip punya taip, novel tu pn siap dlm masa 3 mggu klau x silap.. aku buat novel ni siang mlm.. then, tup tup jln cerita hidup aku tiba2 mcm dlm novel tu.. siot je.. anyway, baca je la..

Catatan penulis :

I want to thank my previous violin teacher(Abang Safri), who inspired me to write this story…(and he, abviously without knowing that I wrote this story…)

Thank you very much!

And also to my present violin teacher (Abang Iwan) Thanks for your patient and motivation in every lessons!

“If you can’t feel the love, just listen to the bow of the violin,

Because, there is love in every single notes of its music…” ~syah mohamad, violinist


1

Dengan cepat aku menaiki tangga. Jam menunjukkan 3 minit kelas akan bermula. Derap kasutku bergema di lorong sepi tingkat 2. Aku segera memasuki ruang kuliah.Dengan termengah-mengah aku mengambil tempat duduk di sebelah Fani.

“Apasal lambat?” dengan nada sedikit berbisik Fani bertanya.

“Engkau tahu la motorsikal aku buat hal.” sambil mengelap peluh aku mengeluarkan buku catatanku. Ruang kuliah yang begitu besar hanya dipenuhi separuh sahaja. Akan tetapi pensyarah kami begitu bersemangat. Dia masih kelihatan muda. Rasa-rasanya belum sampai 30 tahun usianya.

“Lily, engkau tak rasa pensyarah kita hari ni hensem ke?” Fani kelihatan teruja.

“Eh, tengah study ke tengah tengok pensyarah??” aku menggeleng-geleng kepala.

Kuliah selama 2 jam berlalu begitu saja. Aku berjalan beriringan dengan Fani. Kawasan universitiku tidak terlalu besar, cukup hanya berjalan kaki, aku boleh sampai di Fakulti Undang-Undang yang berhampiran dengan fakultiku, Fakulti Perubatan.

“Macamana kelas biola engkau? Best tak?” Tanya Fani.

“Biasa je. Tapi waktu untuk kelas tu pendek sangat. I think I should double up the fee. Then I can double up the time.”

“Kenapa? Tak puas tengok muka cikgu biola kau ke?” Fani tertawa.

“Ada pulak!” kami saling berpandangan dan ketawa. Aku teringat wajah cikgu biolaku, Mr.David yang sudah beruban dan giginya yang hanya boleh dikira dengan jari.

“Eh, aku dah lambat ni. Kena pergi kelas biola pula.” Setelah mengucapkan selamat tinggal pada Fani, aku bergegas menuju ke Yamaha Music School, yang cuma 20 minit dari universitiku.

Aku menaiki tangga menuju ke kelas. Kelihatan kak Syari tersenyum melihatku. Aku membalas senyumannya. Dia mengisyaratkan padaku untuk duduk dahulu. Aku melihat sekeliling. Ada beberapa poster pemain piano terkenal dalam iklan piano berjenama Yamaha. Di kerusi panjang, kelihatan beberapa kanak-kanak kecil dan sepertinya ibu bapa mereka sedang duduk. Serta ada beberapa orang pemuda yang kelihatan sedang berbual.

“Lily..” Panggil Kak Syari sambil mengisyaratkanku untuk masuk ke ruang kelas. Mataku melihat kiri kanan. Biasanya Mr.David yang datang awal berbanding aku. Kemudian salah seorang dari pemuda yang tadi duduk di kerusi panjang masuk sambil membawa violin case.

Mungkin hari ini aku berlatih beramai-ramai, kataku dalam hati. Pemuda itu memandangku dan tersenyum. Dia kelihatannya masih muda. Aku berfikir mungkin dia juga mahu mengikuti kelas biola. Dia mula berbicara.

“Nama?”

“Lily.” Jawabku pendek.

“Safri. Saya menggantikan Mr.David kerana beliau sudah mengundurkan diri disebabkan sakit dan ingin bersara.”

Aku melongo sebentar. Kenapa Mr.David tidak memberitahuku pada pertemuan minggu lalu. Dia mengeluarkan biolanya. Aku menurut.

“Sir…” Ucapku perlahan. Biasanya aku memanggil Mr. David dengan panggilan ‘sir’.

“Panggil Abang Safri saja.” Potongnya. Aku mengangguk.

“Baik, lily dah ikut kelas sebanyak 3 kali kan?” aku hanya mengangguk.

“Kita mulai dari langkah pertama. Angkat fiddle.” Aku mengangkat fiddle dan bow mengikut posisi yang diajar Mr.David. Dia kelihatan tidak puas untuk posisi tersebut.

“May I?” Dia ingin memperbetulkan posisiku. Aku mengangguk. Dia memegang jari-jemariku sambil memperbetulkan posisinya. Aku mengangkat wajahku. Ketika mataku memandang matanya, ada satu getar yang sama gelombangnya. Kami terpana buat seketika. Jarak tubuhnya yang begitu hampir denganku membuatku dapat memperhatikan wajahnya dengan teliti. Wajahnya halus, sawo matang, matanya agak besar dan rambutnya yang panjang sedikit tetapi diikat, membuatnya kelihatan seperti seorang seniman yang biasa terlihat di mana-mana.

Tiba-tiba pintu dibuka. Kami tersentak. Getaran menghilang.

“Lily, belum tanda tangan kehadiran kan?” Kak Syari menghulurkan buku kehadiran. Aku menandatanganinya.

Jam sudah menunjukkan 2.30 petang. Waktu pembelajaran sudah tamat. Leherku lenguh akibat mengepit fiddle terlalu kuat. Lebih-lebih lagi aku tidak menggunakan shoulder rest. Setelah Abang Safri memberikan beberapa tips menjaga biola, kelas hari itu tamat.

“Terima kasih.” ucapku pendek. Kejanggalan antara kami amat terasa. Mungkin kerana umur kami yang tidak begitu jauh bezanya. Telefonku berbunyi. Bunyi lagu Jazz Violin, Swing 84 menandakan sms masuk.

“Minat lagu klasik tak?” Ucapan Abang Safri mengalihkan perhatianku dari membaca mesej.

“Sangat.” ucapku sambil tersenyum. Dia membalas senyumanku sambil memainkan lagu sms-ku tadi. Biarpun lagu Swing 84 adalah sebuah lagu jazz violin, dia memainkan dengan baik sekali. Solfagenya begitu bagus sekali. Tanpa disedari hatiku turut bergetar seiring dengan getaran tali-tali biola. Aku melangkah keluar dengan hati yang kurang tenteram. Inikah cinta pandang pertama? Seperti kanak-kanak saja!Aku menggelengkan kepala sendiri.

to be continued....

Sunday, September 12, 2010

dunia

mula2 aku tension gak sebab kena naik motor...

hari2, otw nak pegi campus, aku mesti lalu satu jalan short cut yg blm bukak ni...
biasalah, hari2 mesti semangat nak pegi campus tu beza-beza,
kadang2 kita bersemangat sgt. kadang2 tak.. kadang2 kita lemah longlai asyik marah2 & cakap "kenapa la kena g kelas??"
tp, aku selalu akan tgk sorang mamat ni jual surat khabar kat tepi jln short cut tu..
yela, bukan nak mengata tp dia jual surat kabar je, berapa la sgt dia dpt..
tp dia selalu senyum baca surat khabar. means, dia x rasa la benda tu membuatkan dia stress.
& menyebabkan aku terfikir, "kenapa aku perlu merungut sedangkan aku masih mampu beli makanan"
benda simple mcm tu menyedarkan aku.

aku kadang2 fikir kenapa la aku ada motor je??
tp at least masih ada kenderaan.
bila xda kenderaan lain lak, kata 'kenapa la aku naik bas je?'
tp at least masih boleh sampai ke tempat destinasi.
bila xda bas lak, mula cakap 'kenapa la x da bas??'
tp at least msh ada kaki boleh jalan.

hmmm alangkah x bersyukurnya manusia spt aku...