Wednesday, July 9, 2014

Cara Membawa Kucing Balik ke Sabah


Bulan Jun 2014 yang lalu saya dah tamat belajar (yeay!) after 5 years, I've got my MBBS. So, bermula la sesi packing barang & penting sekali, Toci, my dearest anak angkat, a domestic short hair cat, need to be on flight with me too. There were many blogs I'd read, but...seems like most of them are outdated and procedures had been changed. Here, cara2 nak bawa balik haiwan kesayangan (kucing) balik Sabah (yeay again!) 

1) Vaccination
Vaccination ni kena up to date. Before fly, make sure latest vaccination done. Boleh buat kat government/private. Yang penting kena ada buku rekod kesihatan kucing tu, yg mana nanti klinik tu akan bagi. Saya buat vaccination Toci kat klinik haiwan private, presint 15 Putrajaya. Each vaccination cost me around rm30 kalau tak salah. At least ada 2 vaccination done kalau korang buat dah nak dekat2 waktu fly tu.

2) Microchip
Yang ni boleh buat awal2 lg, after kucing tu dah berumur >6 months old. Boleh buat kat government/private clinic jugak. Tapi tak semua private clinic buat. So, korang kena call beforehand. Saya buat kat private sebab masa dah suntuk and government clinic ni selalu tak cukup staff so tak boleh buat. Kalau nak jugak government clinic, boleh pegi jabatan haiwan dekat cheras. And...pun kena call beforehand. Nasib baik kawan2 ada waktu tu tolong call sana sini cari mana yg ada buat microchip ni. Kalau sorang2 mesti saya dah down dah. Saya buat kat St. Angle Animal Clinic, Puchong. Bayaran RM60. Tapi takde passport la. Passport would be RM6 biasanya and passport is optional. So blh buat or tak. Kalau ada lg comel la. Hehe. Kalau government dalam RM30 je microchip tu. Ada lain private clinic charge sampai RM120! Omg. So nasihat saya, buat seawal yang boleh. Utk penerbangan pulak, microchip ni wajib utk mohon import permit dari jabatan haiwan sabah (davetsa).

3) Memohon import permit
Now dh boleh buat online application. Tapi still, korang kena ada someone yg tolong bayar dan ambil permit tu. Bayaran RM11. Mula2 pegi www.davetsa.sabah.gov.my. Lepas tu daftar utk dpt password. Password akan dihantar ke email after 1 day. Dah dpt password, korang log in dan boleh isi butir2 peribadi. Lepas dah submit, tggu lagi diorang approve. Kalau nak cpt, sila call dan bgtau korg dah submit nanti diorg tlg approve waktu tu juga kalau diorang tak busy. Then after approved butiran peribadi tu, barua korang dpt access apa2 kat dalam website tu. Korang apply for import permit. Isi la benda2 kat dalam tu termasuk no.microchip yg panjang dan DAH BELI TIKET FLIGHT & TIKET CONFIRMED (sebab kena masukkan tarikh exit kucing), Then submit. Tggu lagi 3 hari, diorang akan approve. Lagi sekali, kalau rajin, follow up. Call diorang. After 3 hari, periksa semula account korang kat website tu nanti dia akan tulis approved ke rejected. Kalau dah approved, boleh contact sedara or kawan kat sabah minta tolong bayar dan ambil import permit. Then minta dia scan dokumen tu, hantar kat korang. Korang pun print benda tu dan bawa bersama utk step seterusnya.

4) Surat perakuan kesihatan
Utk menyenangkan kerja korang, bawa kucing,printed permit import dan medical record book kucing, ke jabatan haiwan shah alam seksyen 15. Sampai sana, bgtau nak buat export permit dan surat perakuan kesihatan. Tak lama pun benda ni sekejap je. Within 30mins kalau tak ramai orang. Kucing korang akan diperiksa oleh doktor, diorang akan masukkan data semua secara online utk kegunaan step berikutnya. Bayaran kat sini adalah RM40. 

5) Permit Export
Dalam hari yg sama, kalau boleh, staff jabatan haiwan akan bg dokumen beserta no rujukan. Korang kena pegi kompleks kastam KLIA, tingkat 5. Yg ni sebenarnya kat LCCT tau. Saya dah siap pegi KLIA, dah kena pusing2 makan angin pulak. Sampai sana, bgtau nak byr export permit. Bayaran adalah RM40. 

Okay so those are procedure for permits thingy. Now, procedure nak bawa naik flight pulak.

- hanya MAS sahaja yg benarkan bawa live animal
- letak kucing dalam carrier, make sure dia selesa. Make sure dia tak makan byk dan dah buang air before bawa dia ke airport. 
- get ready all the documents; import permit, export permit, medical record, surat perakuan kesihatan.
- bawa kucing tu check in/baggage drop kalau dah check in kat web or kiosk, tunjuk all documents. And get ready to have bad comments from the MAS staff like 'eh, bawa kucing, lecehnya.' And bla bla bla dengan muka ketat. Because it was fasting month, Saya sabar je and senyum biarpun rasa nak lempang akak tu. 
- bayaran adalah RM15/kg. Sebab Toci gemuk, he was 6.5kg and carrier was around 1kg, I paid RM120 untuk toci sahaja. Dan ada kekeliruan juga waktu tu. I didn't know MAS new policy was, a passenger only allowed to bring 2 bags max regardless of how much the size or weight. Supposedly, cat carrier was an extra luggage and diorang nak charge RM55/extra baggage + bayaran berat kucing. Tapi lepas diorang call sana sini, kata no need to pay. However, you need to keep extra money in case they change again their policies. 
- then akan ada staff attend your cat, diorang akan bawa dia ke perlepasan and korang boleh la lambai2 kucing korang waktu tu.

On arrival, tgh tunggu2 barang kat belt tu, tiba-tiba org sebelah tegur 'eh kucing'. Rupa-rupanya Toci dia letak atas belt tu. Saya pun ambil la Toci letak atas trolley. Tak lama, ada seorang pegawai jabatan haiwan datang tanya 'kamu bawa haiwankah? Haiwan apa?' Saya pun jawab kucing. Then, org tu instruct untuk bawa Toci ke bahagian kuarantin haiwan (dalam arrival hall juga) selepas ambil semua baggage. 
- Dia akan bagi 2 form, satu utk isi details pasal kucing & penerbangan, satu lagi untuk kebenaran kuarantin.
- Untuk memudahkan & mencepatkan urusan, photostat siap2 semua dokumen
- Then tinggallah haiwan peliharaan kat situ, yg mana akan dibawa oleh pegawai ke Quarantine Station, Kinarut Papar. 
- Selepas 21 hari boleh la ambil kucing korang
- Selama tempoh kuarantin, boleh la melawat kucing tu. Ada masa melawat. Cek website quarantine station kinarut papar. 

Sekian :)

22 comments:

  1. Hi Sya,
    Perlukah kami pergi ke KLIA untuk membayar permit eksport?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kena pergi ke KLIA sendiri dengan bawa semua dokumen, tapi x perlu bawa kucing

      Delete
  2. Alamak susahnya pulak 😟😟😟

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena buat awal baru macam ringan sikit kerjanya. saya hari tu agak kelam kabut jadi rasa susah

      Delete
  3. Salam klu sy dekat sabah,kucing sy dkt semenanjung nak minta tlg kwn fly kn meow blh x ye

    ReplyDelete
  4. Salam klu sy dekat sabah,kucing sy dkt semenanjung nak minta tlg kwn fly kn meow blh x ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tapi urusan imigresen semua atas nama kawan tu. tapi bgs pegi jabatan haiwan, nanti untuk import export punya surat dia akan bgtau macamana bg penama utk haiwan tu

      Delete
  5. Askm sis...
    Mahu tnya, katakan flight sy pd 25.12.16 jam 9am. Selepas check in di kaunter KLIA, sy boleh bawa kucing tu terus naik flight yg sama dan hari yg sama? Tidak perlu check in ke animal hotel dkt maskargo dulu?
    Tq.

    ReplyDelete
  6. Hubungi kami agen khidmat penghantaran binatang ke Sabah / Sarawak bagi prosedur serta caj perkhidmatan. Facebook : Trio Mover .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah khidmat anda masih beroperasi sehingga kini?

      Delete
  7. Perlu ke agen utk settle urusan nk dptkan permit eksport ni? Jab haiwan kt selangor tu kta mesti guna agen 😰

    ReplyDelete
  8. Kalau bawa kucing dari kota kinabalu pergi sarawak menggunakan kereta , mcm mana ye? Sbb perlu melalui temburong 😅 Perlu ada apa?

    ReplyDelete
  9. This help me a lot. Terima kasih bro atas sharing ini...

    ReplyDelete
  10. Hi, I dah contact Sabah Vet department. Sekarang proses lagi rumit. Kalau nak hantar kuching ke Sabah kena ada Rabies vaccination dan kena tunggu 6 bulan sebelum kuching boleh dihantar ke Sabah. Lepas tu kena buat ujian darah lagi... susah susah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak bawa kucing balik sabah 😭 susahnyaaaaaa

      Delete
    2. Susah giler ahh.. patut boleh adakan prosedur yang mudah untuk haiwan sebab sekarang ramai dah ada haiwan peliharaan kucing ni. Kalau sy ada 5 ekor.. pening dibuatnya

      Delete
  11. kena beli tiket untuk berasingan untuk kucing atau kucing consider ludgaged?.. charge ikut ludgeged ker?.. Saya akan berpindah ke sarawak...

    ReplyDelete
  12. boleh tahu estimatition hari dari beli tiket dan sampai semua settle?..

    ReplyDelete
  13. Seminggu boleh settle, kalau ada agent lg senang. Sy bw kucing tru mas kargo, dah smpi 7/8/2020. Sedang kuarantin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole share no agent? Nak berpindah ke Kuching Sarawak.

      Delete
  14. Hello semuanya buat masa sekarang untuk bawah kucing dari Sarawak ke Sabah sudah di boleh kan ka ????

    ReplyDelete