Wednesday, July 21, 2010

Kepercayaan

Ada seorang pelajar yang sedang mengalami tekanan akibat daripada satu kesalahan yang dilakukannya di sekolah. Pihak sekolah sudah menghantar surat padanya yang memberitahu tindakan tatatertib akan dikenakan ke atasnya. Perantara bagi pinhak sekolah dan pelajar tersebut adalah seorang guru kaunseling. Guru kaunseling itu baru sahaja mula bertugas setelah menamatkan pengajian. Oleh itu, kes ini merupakan kes pertamanya.

Hari itu dia memanggil pelajar tersebut. Menurutnya, pelajar tersebut mesti menulis surat tunjuk sebab jika dia tidak bersalah atau surat meminta maaf jika dia mengaku melakukan kesalahan. Hendak dijadikan cerita, pelajar ini berkata bahawa dia mengaku tidak bersalah dan akan membuat surat tunjuk sebab serta bukti-bukti bahawa dia tidak bersalah. Menurut kaunselor ini lagi, jika membuat surat tunjuk sebab kemungkinan besar tidak akan dilakukan perbicaraan.

Hendak dijadikan cerita, pelajar ini mempunyai ahli psikologi sendiri di salah sebuah hospital untuk merawat PTSD yang dialaminya. Kaunselor sekolah itu pula tahu yang dia sedang dalam rawatan psikologi. Lalu, tanpa segan silu, Kaunselor tersebut meminta kebenaran untuk menanyakan sedikit sebanyak tentang pelajar tersebut pada ahli psikologi pelajar tersebut. pelajar tersebut hanya setuju kerana pada mulanya dia percaya penuh dengan kaunselor tersebut.

Pada suatu pertemuan sesi terapi psikologi, ahli psikologi pelajar berkenaan mengadu kerana dia hairan mengapa kaunselor sekolah pelajar berkenaan tidak habis-habis mahu mengorek cerita tentangnya melalui ahli psikologi tersebut. dia mengaku dia tidak membocorkan apa-apa kerana dia tahu itu adalah etika pekerjaan. Hati pelajar berkenaan terasa berapi-api. Sanggup sekali dia berbuat demikian.

Beberapa hari kemudian, pelajar itu dipanggil untuk perbicaraan. Dia agak kaget kerana baginya surat dan buktinya cukup kuat. Akhirnya dia pergi juga untuk perbicaraan tersebut. Dalam perbicaraan tersebut, ahli-ahli panel yang mengadilinya tidak tahu kalau pelajar itu telah membuat surat tunjuk sebab. Ternyata perbicaraan itu sepertinya sia-sia dan akhirnya pelajar itu hanya diberikan tindakan paling ringan sekali.

oleh itu,
ingatlah kepercayaan orang terletak dengan apa yang kita lakukan.
meskipun kadang-kadang hal tersebut akan mendatangkan faedah kepada kita,
ianya sama seperti meminum air longkang di dalam gelas wain.
nampak berkelas tetapi hakikatnya merosakkan diri sendiri.
kepercayaan yang membuat kita kuat.
kepercayaan yang menjadi dasar agama.
kepercayaan yang mengikat perhubungan...

No comments:

Post a Comment