Thursday, July 22, 2010

You are my hero, I am your angel

Faiz menatapku dalam-dalam. Kedatangannya secara tiba-tiba ke dalam bilik perbincangan membuatkan udara di bilik itu seolah-olah tiada. Aqilah cepat-cepat berpindah ke tempat duduk paling hujung. Buat-buat seperti dia sedang sibuk. Akan tetapi, kulihat dia berbalas pandangan dengan Hazimah. Tatapan Faiz membuat aku terasa seperti duduk di atas sebongkah ais. Apa salah aku dah buat kat dia ni, aku hanya menggerutu sendiri.
Lelaki yang berada dihadapanku ini adalah pelajar yang bermasalah dari segi sikap. Dia seorang yang panas baran dan suka ponteng kelas. Semester lalu saja, dia hampir saja tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan akhir semester. Matanya yang berwarna coklat gelap itu mengikat pandangan dengan mataku. Aku menutup buku Mim’s Microbiology yang tadinya kubelek. Otakku sebenarnya telah mengumpulkan beratus tanda tanya mengapa dia datang mencariku. Aku jarang sekali berbual dengannya.
“Ita, aku sukakan kau.” Luah Faiz pendek. Aku terlopong sebentar dan memandang Faiz tanpa berkedip. Apa masalah Faiz ni? Kemudian pandanganku beralih kepada aqilah dan Hazimah. Mereka juga menunjukkan reaksi yang sama. Aku mengeluh tetapi oleh sebab nak control macho la sangat...
“so?” Soalku ringkas. Sebenarnya, telingaku sudah terasa panas seakan-akan penyaman udara tidak berfungsi.
“Aku nak lamar kau. Jadi teman wanita aku.” Faiz kelihatan bersahaja. Aku memerhatikannya agak lama. Tali lehernya yang sedia longgar dilonggarkannya lagi. Baju kemeja lengan panjang yang dipakainya sudah dilipat paras siku sedari tadi.
Siapa tidak kenal Faiz. Bagiku dia ketua bagi pelajar-pelajar yang suka melanggar tatatertib. Nama saja pelajar perubatan. Memang tidak sesuai jadi penyelamat nyawa, pada pandanganku. Sebut saja Arif, Haikal, Ganesh, semua itu konco-konconya. Peristiwa yang terjadi sekarang, boleh saja adalah satu pertaruhan mereka.
“No way.” Jawabku ringkas sambil menutup pen yang kupengang. Aqilah dan Hazimah sedari tadi hanya diam membisu.
Faiz membetulkan posisi duduknya yang tadinya dia memeluk tubuh, kini meletakkan kedua tangannya di atas meja.
“ Aku betul ikhlas.” Wajahnya menunjukkan seakan-akan ada keikhlasan di situ. Engkau ingat aku mudah diperdaya? Jangan harap! Lagipun, you are not my taste. Sememangnya, ayat itu hanya kuucapkan dalam hati. Aku hanya menggeleng.
Tiba-tiba Faiz berdiri dengan gaya geram menyebabkan kerusi yang didudukinya tadi terjatuh. Aku sebenarnya agak terkejut dan terus mengurut dada. Sebelum keluar dia menghampiriku yang tadinya duduk bertentangan dengannya.
“Aku akan buat kau jatuh cinta padaku. Tunggu...” Faiz terus berlalu keluar dari bilik perbincangan itu dan menghempas pintu.
“Ya tuhan... dia dirasuk syaitan ke?” Hazimah terus bersuara.
“Tu la, ada pula nak minta orang jadi girlfriend dia. Tapi awal-awal dah tunjuk perangai macama tu. Tak kuasa aku.” Tambah Aqilah.
“Aku rasa la kan, diorang tengah betting tu.” Aku mengemukakan pendapat.
“Mungkin jugak. Takut aku. Kau hati-hati je la. Faiz tu bukan boleh percaya.” Aqilah pula menasihatiku. Aku menarik nafas dalam-dalam. Huh, ada-ada saja.
Sepanjang perbincangan Microbiology, aku tidak boleh begitu focus. Wajah Faiz tetap bermain di mataku, serta percakapannya tadi. Wajahnya tidaklah begitu kacak, tetapi sedap dipandang. Kulitnya agak halus dan boleh dikategorikan putih melepak.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Hal itu sudah 2 hari berlalu. Aku berhati-hati dengan langkahku. Setiap kali aku terlihat kelibat Faiz, aku akan mengambil jalan yang lain meskipun aku harus membuat satu pusingan untuk sampai ke pintu kelas. Teman-teman serumahku pula, tidak tahu bagaimana cerita itu boleh tersebar, asyik menanyakan itu dan ini.
Memang, sebelum ini aku tidak begitu rapat dengan Faiz. Hanya bercakap hal penting kepadanya kerana kami di dalam satu kumpulan mentor-mentee. Mentorku asyik menanyakan tentang Faiz kerana dia sering tidak hadir. Ahli yang lain pula tiada yang berani menghubungi Faiz. Bila ditelefon, dia akan memberikan seribu satu alas an untuk tidak hadir. Nasib baik pihak university tidak menamatkan pembelajarannya kerana kalau urusan akademik dia dalam senarai 5 teratas. Untuk segi itu, aku agak kagum.
Sedang aku, Aqilah dan Hazimah menjamu selera pagi itu, tiba-tiba seorang pelajar yang juga dari kelasku datang menghampiriku dan menyerahkan satu kotak kecil berwarna merah jambu bercorak hati.
“Terima Kasih.” Kuambil kotak itu dan membukanya. Ada sebiji cupcake yang comel dan kelihatan menyelerakan. Dipenutup kotak itu tertulis sesuatu,

Dear Mashitah,

I like you

Faiz.

Aku menelan liur. Faiz yang berada dipenjuru kafe memandangku tersenyum. Rakan-rakannya juga turut tersenyum. Aku menutup kotak tersebut dan menyambung makan dan berbuat tidak endah saja.

Kelas terakhir pada hari itu selesai juga. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Aqilah dan Hazimah, aku menuju ke tempat letak motorsikal. Kuakui, sebenarnya kelakuan Faiz agak mengganggu. Entah-entah kepalanya terhantuk tak? Aku ketawa sendiri. Sambil itu aku menyanggul rambutku supaya nanti tidak kusut ditiup angin.
Langkahku terhenti apabila menyedari Faiz sedang duduk ditangga yang sepatutnya kulalui. Apa pula yang dia buat kat sini? Aku mahu saja berpatah balik. Tiba-tiba beg sandangku ditarik dari belakang. Hampir saja aku terjatuh.

“Tunggu.” Suara Faiz bergema ditangga. Aku berpaling ke arahnya.

“Nak apa?” soalku agak garang.

“Suka tak cupcake Faiz bagi tadi?” Faiz? Sejak bila dia membahasakan dirinya Faiz denganku. Bulu romaku berdiri. Aku hanya mengangguk tanpa sebarang riak diwajahku.

“Kalau Faiz ajak dinner malam ni boleh tak?” Faiz berkata-kata dengan sangat normal. Tidak kasar, tetapi dengan sopan. Ya Allah, dah biul otak budak ni.

“Tak boleh kot. Sibuk.” Jawabku ringkas.

“Hmm, tak apalah. Have a safe trip.” Faiz terus berlalu meninggalkanku. Sah! Otak dah biul. Hari tu marah-marah orang tak suka kat dia. Yalah, takkan nak paksa kot.

Aku menghidupkan enjin motor dan terus berlalu pergi.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Selepas mandi, aku membuka e-mel. Ada beberapa e-mel dalam inbox tetapi ada satu yang menarik hatiku. E-mel dari Faiz Fadhirul. Hah, main e-mel pula. Aku menekan link untuk membuka e-mel tersebut. Sebenarnya aku tiada apa-apa perasaan terhadap Faiz. Suka tidak, benci pun tidak. Perasaanku terhadapnya sama dengan perasaanku dengan rakan-rakan lelaki sekelas yang lain.

Dear Mashitah,

Good evening. Em, sebenarnya Faiz tak tahu nak tulis e-mel ni. Disebabkan Ita macam buat endah tak endah dengan kata-kata Faiz hari tu, Faiz bertekad nak terangkan betul-betul sebab bila Faiz berhadapan dengan Ita, Faiz tak tahu nak kata apa. By the way, sorry hari tu buat Ita terkejut dengan kerusi jatuh. I didn’t have any intention to do that. It’s happened maybe because I was so nervous. Sorry ye?

Mungkin Ita rasa it was a joke dan yang biasanya perempuan fikir, ini adalah pertaruhan. Tapi, ini bukan salah satu daripadanya. Since the day we were in the same group, you’re really steel my attention. Hmm, mungkin Ita tak sedar kot yang ‘jenayah’ Faiz kat campus dah semakin berkurangan. I try to change. Sedikit demi sedikit. Selain daripada you are attractive to me, I think you can help me to change myself to be a better person.

Kalau tak keberatan, janganlah asyik nak mengelak dari jumpa Faiz je. Don’t worry. Faiz tak akan paksa. Take your time. But one thing, I would never let you go.

Happy studying!

E-mel ini memberikan aku good impression terhadap Faiz, secara tiba-tiba. Ayatnya yang sedikit lugu, kebudak-budakan membuatkan hatiku berlembut sedikit. Ya, sebelum ini Faiz tidak pernah menyusahkanku. Dia melayanku biasa. Tidak marah-marah seperti yang dilakukan kepada rakan-rakanku yang lain. Setelah aku menelaah, ya. Kebelakangan ini dia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada campus. Dia hadir disetiap kelas, juga pertemuan mentor-mentee. Aneh tetapi begitulah seingatku. Ahh, mungkin saja e-mel ini ditulis oleh salah satu rakannya. Aku menekan butang reply.

Faiz,

Mungkin semua ni macam terjadi dengan cara mendadak. So, I hope we can be friends. Tapi, tolong jangan buat benda-benda merepek. Buat macam hal hari tu tak terjadi. Boleh?

Mashitah.

Lalu kutekan send. Ringkas sekali jawapanku tapi aku tahu itu yang perlu aku lakukan. Aku sebolehnya tidak mahu dia berharap. Tiba-tiba telefon berdering memutuskan lamunanku...

To be continued...

No comments:

Post a Comment