Wednesday, July 21, 2010

So far, yet so near

Setelah beberapa lama mengenali Aizat, dia seorang yang baik. Aku selesa berkawan dengannya. Dia ni ok la, tak tinggi sangat. Sederhana macam lelaki sebaya dia. Biasanya dia berpakaian kemas ke campus. Yalah, pelajar perubatan. Kalau selekeh sikit nanti kena panggil pensyarah pula. Kami berkawan rapat sejak kes Aizat menghilangkan buku perpustakaan. Aku Fatin, seorang Pustakawan. Aizat nipun sebenarnya pustakawan jugak. Tapi masih jugak nak hilangkan buku.

Aizat sememangnya seorang yang caring, dan semestinya, protective. Dia lain dari kawan-kawan lelaki seperkuliahanku. Lagaknya bersahaja tetapi cukup menarik. Sebenarnya, aku masih tidak mengiyakan kata hatiku yang begitu degil mengatakan aku suka padanya. Ego diriku ini agak tebal juga.

Aku melihat jadual bertugas yang terpampang di dinding hadapan kaunter perpustakaan. Hari ini giliranku bertugas. Alahai, syif malam. 7.00-9.00 malam. Sebenarnya aku tidak begitu suka dengan syif malam. Al-maklumlah aku ni agak penakut orangnya. Biasanya syif malam akan ada tiga orang bertugas. 2 orang perempuan dan satu orang lelaki. Malam ini sepatutnya aku, Anin dan Aizat. Kebetulan sekali aku bertugas bersama Aizat. Aku berpaling dan mengambil langkah perlahan-lahan untuk kelaur dari perpustakaan. Kasut Crocs yang kupakai apabila bersentuhan dengan lantai papan mengeluarkan bunyi yang memang mengganggu konsentrasi orang lain.

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. aku tergesa-gesa menolak daun pintu. Sebelum balik, aku hendak ke tandas terlebih dahulu.Aku berhenti di hadapan pintu keluar sebelum masuk ke kawasan tandas kerana bajuku tersangkut pada pemegang pintu tersebut. Sedang aku cuba meleraikannya, aku disapa oleh suara yang memang kukenal.

“Kenapa?” Ucapnya. Aku mengangkat muka. Aizat sedang menurunkan lengan bajunya yang tersinsing.

“Ni, ha tersangkut pula. Hmm, dah pun ok.” Akhirnya terlerai juga.
“Hm, see you at 7.”Ujarku sambil tersenyum.

“Oh ye, since we will be here until 9.00 pm, it would be better if I fetch you. Tak elok pula naik motor seorang malam-malam.” Betul juga kata Aizat. Aku mengangguk.

“After maghrib.” Sambungnya sebelum aku sempat bertanya.

Malam itu setelah kira-kira setengah jam kami tiba di perpustakaan, SMS Anin masuk ke dalam inbox telefon bimbitku.

‘Maaf malam ni saya tak dapat datang. Demam.’

Nampaknya hanya aku dan Aizat akan bertugas malam ini. Memandangkan tidak begitu ramai pengunjung, aku membelek buku Haematology. Aku bertugas menjaga kaunter dan Aizat menyusun buku. Aku memandang keluar tingkap. Hujan begitu lebat dan guruh sabung menyabung. Nasib baik aku datang dengan Aizat. Kalau tidak, terpaksa aku tidur di campus. Ahhh, aku tidak boleh membayangkan dengan betapa penakutnya aku, itu tidak mungkin akan terjadi.

Aku memandang sekeliling. Tadinya ada 3 orang pengunjung. Kini mereka entah ke mana. Mungkin ke bilik perbincangan. Aizat duduk jauh di penjuru sana. Mungkin sudah siap dengan kerja-kerjanya. Dia kulihat sedang membaca buku dengan tekun. Penyaman udara yang terpasang mendinginkan lagi suasana yang sudah sememangnya dingin disebabkan hujan. Aku menyambung pembacaan.

Tiba-tiba lampu berkelip. Janganlah blackout! Desis hatiku. Kupandang Aizat. Dia juga memandangku. Beberapa saat kemudian, tup! Tiada elektrik. Sudah... kata hatiku tadi menjadi kenyataan. Boleh kurasakan debaran jantungku terpacu laju. Takut!

“Aizat!!!!!” dengan cepat nama Aizat kulaungkan. Keadaan begitu gelap-gelita. Hanya sesekali aku bisa melihat keadaan apabila kilat memancar. Kuraba kocekku, untuk mengambil telefon bimbit. Ah, tidak. Telefonku sudah kehabisan bateri. Waktu ini jugalah nak habis bateri, keluhku.

“Kejap, kejap. Aku datang.” Kelihatan panahan lampu telefon bimbit Aizat. Makin lama, makin dekat. Nasib baik. Aku mengurut dada. Aizat masuk ke ruang kaunter.

“Penakut juga kau ni ya.” Sempat lagi Aizat menyeringai ketawa. Aku mencebik.

“Aku rasa nak pergi tengok pak guard la. Mana tahu dia boleh betulkan. Nak ikut ke stay?” Aizat masih memegang telefon bimbitnya.

“Ikut!” Laju saja aku menjawab. Aku terus menuju ke arah Aizat dan memegang bajunya. Hujan, kilat dan petir membuatku lebih takut lagi.

“Oh ya, aku ada torchlight dalam beg. Kita pergi ke tempat locker dulu ya?” kata Aizat. Aku hanya menurut.

Setelah itu, kami berjalan beriringan. Oleh kerana tidak ada elektrik, kami terpaksa memilih untuk menuruni tangga kerana lif tidak berfungsi. Jarak antara perpustakaan dan tangga agak jauh juga. Aku memegang baju Aizat dengan kuat dan semakin rapat. Seboleh-bolehnya aku ingin berjalan dan menutup mata sahaja.

“Penakut betullah kau ni Fatin. Susah nak jalan ni.” Aizat kemudian memegang tanganku. Tindakan yang tidak kuduga.

“Boleh,kan?” Aizat memandangku. Berhenti berjalan buat seketika.

“Boleh. Tak payah berhenti-henti. Jalan je la.” Aku menolaknya. Aizat tertawa kecil.
Untuk menuruni tangga hingga sampai ke tingkat bawah seperti sebatu jauhnya dalam keadaan seperti ini. Takkanlah campus macam ni tak ada generator, omelku sendiri. Padahal omelan itu sekadar untuk membuat aku tenang.

“Tangan berpeluh-peluh.” Aizat tiba-tiba bersuara.

“Tangan siapa?” Soalku, seperti orang dungu.

“Fatin la.” Aku memukulnya, ringan. Kami menuju ke ruang legar campus dimana tempat receptionist. Beberapa langkah dari situ sepatutnya adalah tempat untuk security guard berada. Akan tetapi aku tidak dapat melihat apa-apa.

“Alamak, mana pula guard ni?” Aizat menyuluh ke sana sini. Aku tidak berani memandang. Nanti ‘benda’ lain pula yang tersuluh oleh Aizat.

“Hello....” Panggil Aizat lagi. Ke mana pula guard ni? Aku juga tertanya-tanya. Mungkin guard tersebut pergi melihat main box kot, aku berkata sendiri.

Suasana masih sama dinginnya seperti tadi. Aku dan Aizat duduk di tepi dinding ruang legar. Menunggu kehadiran pak guard. Aku duduk sangat hamper di sisinya. Kami sama-sama tidak bersuara buat seketika.

“Aizat, kita balik rumah lah ye?” aku bersuara setelah lebih kurang 10 minit mendiamkan diri.

“Hmm, ok juga. Tapi kita balik dulu ke perpustakaan dan kunci pintu, boleh?” Aku mengangguk.

Dalam perjalanan aku tertanya-tanya mana pergi semua orang, termasuk 3 orang pelajar yang berada di perpustakaan itu tadi. Sepanjang perjalanan balik ke perpustakaan Aizat masih menggenggam kemas tanganku. Jantungku masih berdebar-debar tapi tidak tahu kenapa. Mungkin kerana aku masih takut, diriku memberi usul.

Setelah memastikan perpustakaan terkunci, kami pun mengatur langkah untuk turun semula ke lantai bawah. Bayang-bayang pak guard ataupun orang lain masih tidak kelihatan. Fikiranku sudah melayang-layang. Entah-entah ada hantu nak permainkan kami tak? Oh, tahyul sekali pemikiranku. Makin kuat aku menggenggam tangan Aizat.

“Ok ke?” soal Aizat. Mungkin kerana genggaman tanganku yang makin kuat, Aizat risau.

“Ok je.” Aku menjawab pendek.

Kami akhirnya sampai di pintu di mana kami masuk tadi pada pukul 6.30 petang. Berkunci. Aizat memandangku. Kemudian kami pergi lagi ke pintu keluar kedua, ketiga, keempat.... semua berkunci. Aizat mengeluh.

“Aku try call orang minta tolong ye.” Aizat memandang telefon bimbitnya.

“Aduhh... waktu ni juga nak habis bateri.” Aku turut mengeluh. Hampir saja mahu menangis.
Nasib baik esok hari khamis. Ada juga orang yang akan datang ke campus. Oh, tidak! Esok cuti. Terasa tekanan menyelimuti diri.

“Fatin, ada telefon?” Aku hanya menggeleng dan menunjukkan Aizat telefonku yang habis bateri.

Kami duduk lagi di depan pintu masuk utama. Dinding hadapan yang sepenuhnya kaca membuatkan aku boleh melihat ke luar dengan leluasa. Menunggu dan menunggu. Aizat mematikan lampu suluhnya untuk menjimatkan bateri. Katanya untuk digunakan ketika kecemasan. Aku pula, dari tadi mengomel tentang pak guard yang tidak bekerja, makan gaji buta dan macam-macam lagi. Aizat hanya tertawa. Sesekali aku memandang ke luar. Hujan masih turun dan lebatnya semakin menggila. Tiba-tiba guruh berdentum dengan sangat kuat.

“Makkkk!!!” Aku melompat ke sisi Aizat dan refleksku, memeluk tangannya.

“Haha, tenang Fatin, tenang. Tak ada apa-apa yang nak ditakutkan.” Aizat tertawa lagi dengan telatahku. Aku meleraikan peganganku. Malu sendiri.

Sesekali apabila kilat menyabung, aku melihat jam. Terakhir sekali, jam menunjukkan pukul 1 pagi. Akhirnya aku tertidur di sisi Aizat dengan lena.

Esok paginya, aku terbangun apabila matahari memancar. Aku menggosok mata. Eh, aku berbaring. Tanganku meraba-raba bahan yang menjadi alas kepalaku. Aku segera bangun apabila menyedari itu adalah kaki. Hampir saja kepalaku terhantuk kepala Aizat yang juga baru sedar dari tidur. Rupa-rupanya aku berbaring di atas pangkuan Aizat. Oh, tidakkkkk!!!
Belum sempat rasa terkejutku habis, Seorang security guard membuka kunci pintu hadapan.

“Ha, apa korang buat kat sini???” Katanya dengan nada keras.

“Patutnya saya yang tanya pak cik, mana pergi guard yang patut berjaga semalam? Kami dah terkurung semalam kat sini.” Langsung saja Aizat membalas. Air muka pak guard tadi berubah.

“Maaf. Saya tak tahu. Nanti saya akan laporkan kepada ketua kami.” Pak guard itu meminta maaf berulang-ulang. Oleh kerana kepenatan, kami sudah malas untuk marah-marah. Akhirnya aku membontoti Aizat keluar dari bangunan campus menuju ke arah kereta Saga berwarna putih kepunyaannya.

“ Kita balik rumah,ya.” Ujar Aizat. Aku mengangguk. Tidak tahu apa perasaan kami berdua saat itu. Dan aku juga tidak tahu mahu menceritakan apa pada Sofea. Tentu aku akan disoal siasat di rumah nanti. Kami hanya membatu sepanjang perjalanan pulang.

Sudah kuduga Sofea akan terlopong mendengar ceritaku. Nasib baik kejadian itu sudah berlalu 2 hari yang lepas kerana khamis itu cuti, Sofea pulang ke rumah keluarganya di Putrajaya. Dia tidak habis-habis mengejek aku.

“Aku dah cakap, Aizat tu suka kat kau. Sampai protective macam tu sekali.” Sofea tidak henti-henti ketawa. Aku mencebik. Nasib baik hari ini aku tidak terserempak dengan Aizat. Tidak tahu mahu meletakkan muka di mana. Setelah menghantarku pulang hari itu, dia ada menghantar e-mel meminta maaf kalau-kalau dia terlanjur perbuatan. Aku membalas e-melnya dengan berkata aku sepatutnya yang meminta maaf kerana telah tidur di atas ribanya. Ah, malu sekali! Aku menutup muka.

“Ha, tengah chatting dengan Aizat lah tu.” Suara Sofea mengejutkan aku.

“Tak adalah. Balas e-mel je.” Aku mengeluh.

“Eh, berkerut pulak. Dah, dah. Tak payah fikir. Jom pergi Domino’s?” ajak Sofea.
“Jom.”

Selama 2-3 hari perkuliahan aku tidak begitu berbual dengan Aizat seperti selalunya. Biarpun hal yang terjadi malam itu kelihatan seperti satu peristiwa kecil, tapi bagiku satu kejadian besar! Malu yang teramat sangat.

Kadang-kadang aku juga mencuri pandang pada Aizat sewaktu di kelas. Dia kelihatannya biasa saja. Apabila pandangan kami bertemu, sama-sama akan melempar pandangan ke tempat lain. Aizat, sampai bila kita nak macam ni? Hatiku sebenarnya semakin mekar bunganya. Oh, tidak.

*To be continued kot...=)

2 comments:

  1. sya!! Terharu la sha guna nama fatin~ hahaha..

    ReplyDelete
  2. hahahaha sya ni jenis yg klau tulis crite, nama 1st yg lintas kat kpale akan jadik nama watak.. haha jgn mintak royalti ek.. hahaha

    ReplyDelete